Ahad, Julai 19, 2009

Tugas Baru...bermula 1 Julai 2009

Ahad 26 Rejab 1430- Sudah masuk minggu ke-2 saya diamanahkan menguruskan 2 unit di tempat kerja. Kalau sebelum ni hanya berdikari melangsaikan sesuatu tugas, kini Alhamdulillah Allah beri saya rakan-rakan sekerja yang komited. Cuma ada seorang sajelah yang bermasalah sikit. Ya Allah, Kau berikanlah daku petunjuk dan bimbingan melaksanakan tanggungjawab ini. Tidaklah hamba mampu melakukannya tanpa bantuanMu.

Minggu depan dan berikutnya akan menjadi lebih sibuk...dengan bengkel Metodologi Penyelidikan dan mesyuarat bagi Pendidikan Kejuruteraan serta mesyuarat JAPSU. Terlalu baru bagi saya untuk melakukannya. Memang saya tak mampu laksanakannya sorang-sorang, tapi InsyaAllah saya cuba buat yang terbaik. Alhamdulillah rakan-rakan baru ni ringan tulang dan rajin menunjukkan mana yang saya tak tahu.

Setiap hari kita perlu belajar. Itu yang saya ingat tazkirah salah seorang guru saya. Tak kira ilmu itu kemahiran atau teori....supaya kita jadi umat Islam yang cemerlang Fid dunia wal akhirat. Rabbi zidni ilma, warzuqni fahma. Ya Allah, tolong hamba. Jangan biarkan hamba terkapai-kapai tanpa bantuanMu Ya Rabb.

Sejak dilantik ke jawatan ini, sudah 3 kali saya ditukarkan unit. Biarpun ada pihak yang dengki (saya sedari perkara itu), saya sangka baik bahawa inilah cara Allah nak bagi ilmu pada saya, hambaNya yang dhaif ni.

Saya bersyukur dengan pertukaran ini dan semoga Allah berkati usaha saya selama ini. Amiin.