Isnin, Ogos 11, 2008

8 Sifat Pakaian Wanita Islam

1. Pakaian itu mestilah menutup aurat. Rasulullah saw bersabda :Telah berkata Aisyah r.a “ Sesungguhnya, Asma’binti Abu Bakar menemui Nabi saw dengan memakai busana yang nipis ” Maka nabi berpaling daripadanya dan bersabda “Wahai Asma’ , sesungguhnya apabila wanita itu telah baligh (sudah haid) tidak boleh dilihat daripadanya kecuali ini dan ini , sambil mengisyaratkan kepada muka dan tapak tangannya”

2. Pakaian itu tidak terlalu nipis sehingga tampak bayangan tubuh badan dari luar. “Dua orang ahli neraka yang belum pernah saya lihat adalah : kaum yang memegang pecut bagai ekor lembu digunakan untuk memukul orang (tanpa alasan), orang perempuan yang berpakaian tetapi telanjang bagaikan merayu-rayu melenggok-lenggok membesarkan cemaranya bagaikan punuk unta yang mereng. Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak akan dapat mencium bau syurga, sedangkan bau syurga dapat dicium dari jarak yang sangat jauh” (Riwayat Muslim)

3. Pakaian itu tidak ketat atau sempit , tetapi longgar atau selesa dipakai. Ia menutup bahagian-bahagian bentuk tubuh yang menggiurkan nafsu lelaki dan ia menutup aspek kehaiwanan dari insan itu. Dalam sebuah riwayat dari Abdullah bin Abi Salamah bahawa Umar Bin Khattab r.a menghadiahkan kepada seseorang dengan pakaian nipis buatan Mesir Lama, kemudian berkata , “Jangan dipakaikan kepada isteri-isteri kamu!” Lalu seseorang berkata “ Ya Amirul Mukminin aku telah memakaikannya untuk isteriku, kemudian memutarkan badannya tetapi tidak kelihatan auratnya .” Selanjutnya Umar berkata, “Memanglah auratnya tidak nampak, tetapi bentuk tubuhnya nampak”

4. Warna pakaian itu suram atau gelap, seperti warna hitam atau kelabu asap atau perang sehingga tiada bernafsu lelaki melihatnya( terutamanyya pakaian seperti jilbab atau abaya) . Menurut Ibnu Kathir di dalam tafsirnya pakaian wanita-wanita pada zaman Nabi saw ketika mereka keluar rumah berwarna hitam)

5. Pakaian itu tidak sekali-kali disemerbakkan dengan bau-bauan yang harum, demikian juga tubuh badan wanita itu, kerana bau-bauan ini ada pengaruhnya atas nafsu kelamin lelaki yang ajnabi.Perempuan yang memakai bau-bauan ketika keluar rumah sehingga lelaki mencium baunya disifatkan oleh Rasulullah saw sebagai zaniyah, yakni pelacur atau penzina.“Wanita apabila memakai wangi-wangian , kemudian berjalan melintasi kaum lelaki maka dia itu begini dan begini iaitu pelacur ” (Riwayat Abu Dawud dan Tirmizi)

6. Pakaian itu tidak bertashabbuh dengan pakaian lelaki yakni tiada meniru –niru atau menyerupai pakaian lelakiTelah berkata Ibnu Abbas : “Rasulullah saw telah melaknat lelaki yang menyerupai wanita dan wanita-wanita yang menyerupai lelaki”(Riwayat Bukhari)7. Pakaian itu tiada bertashabbuh dengan pakaian permpuan-perempuan kafir dan musyrik8. Pakaian itu bukanlah libasu sh-shuhrah, yakni pakaian untuk bermegah-megah , untuk menunjuk-nunjuk atau bergaya.

7. Pakaian itu tiada bertashabbuh dengan pakaian permpuan-perempuan kafir dan musyrik

8. Pakaian itu bukanlah libasu sh-shuhrah, yakni pakaian untuk bermegah-megah , untuk menunjuk-nunjuk atau bergaya.

Secara ringkas berikut adalah sifat - sifat pakaian wanita Islam, berpandukan kepada Al Quran (surah An Nur 31 dan Surah Al Anzab ayat 59) Hadith dan ajaran para ulamak dan hukamak Islam:


1. Pakaian itu mestilah menutup aurat.
2. Pakaian tersebut tidak boleh terlalu nipis sehingga terbayang bentuk tubuh dari luar.
3. Tidak ketat dan tidak sempit, tetapi longgar dan selesa dipakai. Menutup bahagian yang menarik perhatian lelaki.
4. Pakaian itu tidak sekali - kali disemarakkan dengan bau - bauan demikian juga dengan badan wanita itu, kerana bau - bauan itu ada pengaruhnya kepada nafsu kelamin lelaki yang ajinabi. Wanita yang memakai bau - bauan ketika keluar rumah, sehingga dihidu oleh lelaki disifatkan oleh nabi sebagai pelacur.
5. Warna pakaian yang terbaik ialah hitam atau gelap sehingga tidak bernafsu lelaki melihatnya.
6. Pakaian tersebut tidak menyerupai pakaian wanita kafir atau musyrik.
7. Pakaian tersebut tidak menyerupai pakaian lelaki.
8. Pakaian itu dipakai bukan dengan tujuan untuk bermegah - megah.


Keterangan lanjut mengenai pakaian wanita ini boleh didapati didalam buku Al Hijab oleh Allahyarham Al Ustaz Muhammad bin Wan Muhammad Ali.





Tiada ulasan:

Catat Ulasan