Khamis, Mei 21, 2009

Mengelakkan Sifat Takabur

Imam Ghazali memberi beberapa panduan untuk mengelakkan sikap takabbur yang ada dalam diri manusia, iaitu :

1. Apabila berjumpa kanak-kanak, anggaplah mereka lebih mulia daripada kita kerana kanak-kanak belum dibebani dosa.

2. Apabila berhadapan dengan orang tua pula, anggaplah mereka juga lebih mulia kerana mereka lebih lama beribadah daripada kita.

3. Apabila berjumpa orang alim, anggaplah dia lebih mulia kerana banyaknya ilmu di dadanya.

4. Apabila melihat org jahil anggaplah mereka lebih mulia kerana berbuat dosa kerana kejahilan sedangkan kita dosa dalam keadaan mengetahuinya.

5. Apabila berjumpa orang jahat, jangan anggap kita mulia. Tetapi, katakan, mungkin orang jahat itu akan bertaubat pada masa tuanya, sedangkan kita belum tahu bagaimana akhirnya kehidupan kita.

6. Apabila bertemu orang kafir katakan, belum tentu dia akan kafir selama-lamanya.

Pesanan Luqman kepada anaknya, "Sepanjang hidupku, aku hanya memilih 8 kalimah dari pusaka para Nabi yang lalu iaitu :-

1. Apabila engkau sedang solat kepada Allah s.w.t. maka jagalah baik-baik fikiranmu.

2. Apabila engkau berada di rumah orang lain, maka jagailah pandanganmu.

3. Apabila engkau berada di tengah-tengah majlis maka jagalah lidahmu.

4. Apabila engkau hadir dalam jamuan makan maka jagalah perangaimu.

5. Ingat kepada Allah s.w.t.

6. Lupakan budi baikmu pada orang lain.

7. Lupakan semua kesalahan orang lain terhadapmu.

8. Ingat kepada mati.

Seorang sahabat bertanya kepada Rasulullah s.a.w: “Siapakah yang menjadi sahabat yang paling baik bagi kami?” Jawab Rasulullah s.a.w: “Seorang yang apabila kamu memandangnya, kamu teringat akan Allah, apabila kamu dengari cakapnya, bertambah pengetahuan kamu tentang Islam, apabila kamu melihat kelakuannya kamu teringat kehidupan akhirat.”

Wallahu a'alam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan