Isnin, Ogos 11, 2008

8 Sifat Pakaian Wanita Islam

1. Pakaian itu mestilah menutup aurat. Rasulullah saw bersabda :Telah berkata Aisyah r.a “ Sesungguhnya, Asma’binti Abu Bakar menemui Nabi saw dengan memakai busana yang nipis ” Maka nabi berpaling daripadanya dan bersabda “Wahai Asma’ , sesungguhnya apabila wanita itu telah baligh (sudah haid) tidak boleh dilihat daripadanya kecuali ini dan ini , sambil mengisyaratkan kepada muka dan tapak tangannya”

2. Pakaian itu tidak terlalu nipis sehingga tampak bayangan tubuh badan dari luar. “Dua orang ahli neraka yang belum pernah saya lihat adalah : kaum yang memegang pecut bagai ekor lembu digunakan untuk memukul orang (tanpa alasan), orang perempuan yang berpakaian tetapi telanjang bagaikan merayu-rayu melenggok-lenggok membesarkan cemaranya bagaikan punuk unta yang mereng. Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak akan dapat mencium bau syurga, sedangkan bau syurga dapat dicium dari jarak yang sangat jauh” (Riwayat Muslim)

3. Pakaian itu tidak ketat atau sempit , tetapi longgar atau selesa dipakai. Ia menutup bahagian-bahagian bentuk tubuh yang menggiurkan nafsu lelaki dan ia menutup aspek kehaiwanan dari insan itu. Dalam sebuah riwayat dari Abdullah bin Abi Salamah bahawa Umar Bin Khattab r.a menghadiahkan kepada seseorang dengan pakaian nipis buatan Mesir Lama, kemudian berkata , “Jangan dipakaikan kepada isteri-isteri kamu!” Lalu seseorang berkata “ Ya Amirul Mukminin aku telah memakaikannya untuk isteriku, kemudian memutarkan badannya tetapi tidak kelihatan auratnya .” Selanjutnya Umar berkata, “Memanglah auratnya tidak nampak, tetapi bentuk tubuhnya nampak”

4. Warna pakaian itu suram atau gelap, seperti warna hitam atau kelabu asap atau perang sehingga tiada bernafsu lelaki melihatnya( terutamanyya pakaian seperti jilbab atau abaya) . Menurut Ibnu Kathir di dalam tafsirnya pakaian wanita-wanita pada zaman Nabi saw ketika mereka keluar rumah berwarna hitam)

5. Pakaian itu tidak sekali-kali disemerbakkan dengan bau-bauan yang harum, demikian juga tubuh badan wanita itu, kerana bau-bauan ini ada pengaruhnya atas nafsu kelamin lelaki yang ajnabi.Perempuan yang memakai bau-bauan ketika keluar rumah sehingga lelaki mencium baunya disifatkan oleh Rasulullah saw sebagai zaniyah, yakni pelacur atau penzina.“Wanita apabila memakai wangi-wangian , kemudian berjalan melintasi kaum lelaki maka dia itu begini dan begini iaitu pelacur ” (Riwayat Abu Dawud dan Tirmizi)

6. Pakaian itu tidak bertashabbuh dengan pakaian lelaki yakni tiada meniru –niru atau menyerupai pakaian lelakiTelah berkata Ibnu Abbas : “Rasulullah saw telah melaknat lelaki yang menyerupai wanita dan wanita-wanita yang menyerupai lelaki”(Riwayat Bukhari)7. Pakaian itu tiada bertashabbuh dengan pakaian permpuan-perempuan kafir dan musyrik8. Pakaian itu bukanlah libasu sh-shuhrah, yakni pakaian untuk bermegah-megah , untuk menunjuk-nunjuk atau bergaya.

7. Pakaian itu tiada bertashabbuh dengan pakaian permpuan-perempuan kafir dan musyrik

8. Pakaian itu bukanlah libasu sh-shuhrah, yakni pakaian untuk bermegah-megah , untuk menunjuk-nunjuk atau bergaya.

Secara ringkas berikut adalah sifat - sifat pakaian wanita Islam, berpandukan kepada Al Quran (surah An Nur 31 dan Surah Al Anzab ayat 59) Hadith dan ajaran para ulamak dan hukamak Islam:


1. Pakaian itu mestilah menutup aurat.
2. Pakaian tersebut tidak boleh terlalu nipis sehingga terbayang bentuk tubuh dari luar.
3. Tidak ketat dan tidak sempit, tetapi longgar dan selesa dipakai. Menutup bahagian yang menarik perhatian lelaki.
4. Pakaian itu tidak sekali - kali disemarakkan dengan bau - bauan demikian juga dengan badan wanita itu, kerana bau - bauan itu ada pengaruhnya kepada nafsu kelamin lelaki yang ajinabi. Wanita yang memakai bau - bauan ketika keluar rumah, sehingga dihidu oleh lelaki disifatkan oleh nabi sebagai pelacur.
5. Warna pakaian yang terbaik ialah hitam atau gelap sehingga tidak bernafsu lelaki melihatnya.
6. Pakaian tersebut tidak menyerupai pakaian wanita kafir atau musyrik.
7. Pakaian tersebut tidak menyerupai pakaian lelaki.
8. Pakaian itu dipakai bukan dengan tujuan untuk bermegah - megah.


Keterangan lanjut mengenai pakaian wanita ini boleh didapati didalam buku Al Hijab oleh Allahyarham Al Ustaz Muhammad bin Wan Muhammad Ali.





Isnin, Julai 28, 2008

Tersisih Dari Ketaatan…

Sewaktu-waktu kita terasa bagai didorong dan dibantu Allah untuk berbuat kebaikan. Macam-macam ketaatan yang kita dapat lakukan. Bukan saja orang lain rasa kagum, kita sendiri pun naik hairan. Waktu itu, hati rasa bahagia yang amat. Lalu kita kembalikan segunung kesyukuran pada Allah swt. Siapalah kita tanpa pimpinan, dorongan dan pertolonganNya. Tetapi tidakkah kita terasa apa-apa, kalau sewaktu-waktu yang lain, langsung apa kebaikan pun tak mampu kita hendak lakukan?

Apa jua kebaikan dan amal soleh pun rasa tak berdaya dibuat dan ianya bagaikan terhalang. Bukan terhalang untuk tempoh sehari dua. Kadang ia berlanjutan berbulan-bulan dan bertahun-tahun. Hati memang rasa sebu dan sesak. Hidup jadi tak keruan dan tidak ketahuan.
Contohnya macam solat sunat qabliah ba’diah dan mengisi tabung masjid paling tidak setiap Jumaat. Bukankah sewaktu-waktu, entah untuk tempoh beberapa tahun, langsung tidak ada kekuatan untuk melakukannya. Yang malangnya kita tidak rasa terpanggil untuk melihat dan mengaitkan kesan serta natijah itu dengan faktor Tuhan.


Ramai di kalangan kita yang boleh juga mampu merasai rahmat dan bantuan Allah, sebaliknya tidak ramai orang yang mampu untuk menghidu dan mengecam bentuk-bentuk kemurkaan Allah Al Jabbarul Muntaqim! Kita hanya melihatnya sebagai faktor biasa dan tak ada apa-apa macam saintis barat yang mengatakan fenomena alam yang biasa bila bertembung dengan keajaiban ciptaan Allah swt di angkasa rasa.

Sebenarnya faktor dosalah yang menjadikan diri kita sentiasa terhalang dari berbuat ketaatan serta kebaikkan. Bila berdosa, Allah pun murka. Bila sudah murka lalu akan ditinggalkannya kita. Bila Allah tinggalkan kita, bermakna Allah sudah tidak campur tangan dengan kita. Allah sudah ‘berlepas diri’ dari kita. Allah juga tidak lagi menolong dan membantu kita.

Bila Allah tak tolong kita, ketaatan yang paling kecil dan ringan pun tak berdaya kita membuatnya. Walhal solat sunat ini, berapa minitlah sangat. Derma RM5 seminggu pun apalah sangat. Tak berkudis apa pun. Itulah analoginya dan itulah pengalaman benar kita. Andainya tiada hukuman dan denda lain lagi bagi dosa, maka kesan dosa dalam menghalang seseorang dari melakukan ketaatan pun sudah cukup menjadi hukuman kepada pelaku dosa.

Perhatikanlah, bahawa nanti satu demi satu ketaatan akan terhalang dan ‘mengasing’ dari kita. Bagi golongan Muqarrabin, derita terhalang dari berbuat ketaatan sudah cukup dirasakan bagai meteor yang akan menimpa kepala. Terhalang dari ketaatan itu adalah satu bencana dan malapetaka besar dalam memburu cinta yang Esa. Kenapa dan mengapa? Kerana mereka melihat setiap satu dari ketaatan tersebut lebih berharga dan lebih bernilai dari dunia serta segala isinya.

Terbacakah kita ada di kalangan Sahabat yang oleh kerana sekadar tertinggal Takbiratul Ihram bersama Rasulillah saw, beliau rasa amat menderita lalu telah bertindak mendermakan kebun kurmanya kepada Allah dan Rasul. Fi Sabilillah!!

Justeru, mereka selalu memantau dan ‘update’ hubungan mereka dengan Allah swt. Bukan sekadar itu. Bagi mereka ‘sesaat’ hati berpaling dari Allah (tidak mengingati dan mensyukuriNya) sudah cukup menjadikan tubuh mereka ‘demam’.
Jauh sangat kita dari kontek ini. Apa taknya. Sudah berbuat dosa besar pun, masih buat muka seposen, masih selamba dan mampu ketawa berjenaka.

KISAH SEORANG KRISTIAN MASUK ISLAM BERKAT MEMULIAKAN `ASYURA

Alkisah disebutkan bahawa di kota Array terdapat Qadhi yang kaya-raya. Suatu hari kebetulan hari Asyura' datanglah seorang miskin meminta sedekah. Berkatalah si miskin tadi, "Wahai tuan Qadhi, adalah saya seorang miskin yang mempunyai tanggungan keluarga. Demi kehormatan dan kemuliaan hari ini, saya meminta pertolongan daripada tuan, maka berilah saya sedekah sekadarnya berupa sepuluh keping roti, lima potong daging dan duit dua dirham."Qadhi menjawab, "Datanglah selepas waktu zohor!"

Selepas sembahyang zohor orang miskin itu pun datang demi memenuhi janjinya. Sayangnya si Qadhi kaya itu tidak menepati janjinya dan menyuruh si miskin datang lagi selepas sembahyang Asar. Apabila dia datang selepas waktu yang dijanjikan untuk kali keduanya itu, ternyata si Qadhi tidak memberikan apa-apa. Maka beredarlah simiskin dari rumah si Qadhi dengan penuh kecewa.Di waktu si miskin jalan mencari-cari, ia melintas di depan seorang kristian sedang duduk-duduk di hadapan rumahnya. Kepada orang Kristian itu si miskin minta sedekah, "Tuan, demi keagungan dan kebesaran hari ini berilah saya sedekah untuk menyara keluarga saya.

Si Kristian bertanya, "Hari apakah hari ini?""Hari ini hari Asyura", kata si miskin, sambil menerangkan keutamaan dan kisah-kisah hari Asyura'. Rupanya orang Kristian itu sangat tertarik mendengar cerita si peminta sedekah dan hatinya berkenan untuk memberi sedekah. Berkata si Kristian, "Katakan apa hajatmu padaku!"Berkata si peminta sedekah, "Saya memerlukan sepuluh keping roti, lima ketul daging dan wang dua dirham sahaja."Dengan segera ia memberi si peminta sedekah semua keperluan yang dimintanya. Si peminta sedekah pun balik dengan gembira kepada keluarganya.

Adapun Qadhi yang kedekut telah bermimpi di dalam tidurnya."Angkat kepalamu!" kata suara dalam mimpinya. Sebaik sahaja ia mengangkat kepala, tiba-tiba tersergam di hadapan matanya dua buah bangunan yang cantik. Sebuah bangunan diperbuat dari batu-bata bersalut emas dan sebuah lagi diperbuat daripada yaqut yang berkilau-kilauan warnanya. Ia bertanya, "Ya Tuhan, untuk siapa bangunan yang sangat cantik ini?"Terdengar jawapan, "Semua bangunan ini adalah untuk kamu andaikan sahaja kamu mahu memenuhi hajat si peminta sedekah itu. Kini bangunan itu dimiliki oleh seorang Kristian.

Apabila Qadhi bangun dari tidurnya, iapun pergi kepada Kristian yang dimaksudkan dalam mimpinya.Qadhi bertanya kepada si Kristian, "Amal apakah gerangan yang kau buat semalam hingga kau dapat pahala dua buah bangunan yang sangat cantik?"Orang Kristian itu pun menceritakan tentang amal yang diperbuatnya bahawa ia telah bersedekah kepada fakir miskin yang memerlukannya pada hari Asyura' itu.Kata Qadhi, "Juallah amal itu kepadaku dengan harga seratus ribu dirham."Kata si Kristian, "Ketahuilah wahai Qadhi, sesungguhnya amal baik yang diterima oleh Allah tidak dapat diperjual-belikan sekalipun dengan harga bumi serta seisinya.

Kata Qadhi, "Mengapa anda begitu kedekut, sedangkan anda bukan seorang Islam?"Ketika itu juga orang Kristian itu membuang tanda salibnya dan mengucapkan dua kalimah syahadat serta mengakui kebenaran agama yang dibawa oleh Nabi Muhammad S.A.W.

Pengajaran daripada kisah:

Kita wajib bersyukur kerana dilahirkan ke dunia ini sebagai seorang Muslim dan mesti berusaha meningkatkan keimanan dalam diri kepada Allah. Apa sahaja usaha membantu golongan yang susah, tidak akan memberi kekurangan sedikit pun dalam nikmat Allah kepada kita. Malah Allah menjanjikan imbalan lebih lagi jika kita ikhlas.
Tidakkah kita berasa malu sekiranya penganut agama lain yang lebih baik akhlaknya, cuma akidahnya sahaja yang tidak condong kepada ajaran Allah? Manusia seperti inilah yang seharusnya kita berdakwah kepadanya, supaya ia nampak keagungan dan kebesaran Allah, malah mengakui bahawa perbuatan baiknya akan berlipat ganda pahalanya sekiranya ia mentauhidkan Allah.
Islam itu sempurna dan tiada kekurangan baginya. Semoga kita semua menjadi hamba Allah yang sentiasa mendapat hidayah dan rahmat dari Allah. Amiin..