![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhEuyCKGJcT2LfAtl8LssZZHXy7WmimWLk2tFq2Vkm0rUsuahe-TyDIm6KgfD-tAO3i1xa3fV329S53NCay_xLRTbVf3m69QjYnns7xaUly2_j9HRbyCfsFY1Ibfr-dAdFRTJd6qi5rszFb/s1600-r/bismilah2.gif)
Rabu, Disember 31, 2008
Wanita: Di Mana Hilangnya Malu?
SEORANG wanita melintas jalan. Dia cantik dan bergaya. Kulitnya mulus, pipinya gebu, bibirnya ‘ulas limau’, alisnya lentik, hidungnya mancung, matanya bundar dan bercahaya. Dadanya juga agak bidang. Lengannya putih jari-jemarinya halus dan runcing. Baju sendat menampakkan pusat dan skirt pendek yang disarung ke tubuh beralun sekali-sekala mengikut pergerakan tubuhnya.
Mata-mata yang melihat mula berimaginasi. Imaginasi itu sudah pasti yang indah-indah dan sudah semestinya bukan hal-hal yang baik.
Di satu sudut yang lain, seorang gadis berpakaian sopan dengan bertudung sempurna duduk di tepi taman. Di sisinya seorang lelaki sederhana tinggi yang juga berpakaian sopan.
Tangan mereka saling bertaut. Kadang, tangan si lelaki juga menjalari tubuh gadis. Mereka tersenyum, ketawa dan kelihatan sungguh bahagia.
Kelihatan juga sekumpulan gadis yang masih berpakaian sekolah. Ketawa berdekah-dekah, saling bertepuk tampar. Sesekali jeritan nyaring memecah suasana. Beberapa orang daripada mereka tidak bertudung. Di jari mereka terselit sebatang rokok. Mereka menghisap rokok.
Agak pedih dengan paparan itu, mata menerawang ke arah lain. Sebuah motosikal dipandu agak laju. Penunggangnya seorang lelaki muda yang lagaknya seperti mat rempit. Pemboncengnya pula seorang gadis. Gadis seksi dengan kelibat punggungnya yang separa bogel sedang erat memeluk pinggang lelaki yang sedang menunggang motosikal.
Wanita masa kini begitu liberal atau terbuka dalam banyak hal. Lihat sahaja golongan artis yang bebas berpakaian seksi dan banyak kali terlibat di dalam kancah skandal seks serta gambar dan video lucah mereka tersebar megah di dalam internet. Bukan artis sahaja, pelajar sekolah dan gadis remaja juga sering terlibat dengan penyakit sosial yang memalukan itu.
Apa hukuman untuk mereka yang terlibat dengan perbuatan memalukan itu? Ini merupakan musibah yang memudaratkan maruah wanita iaitu kehilangan rasa malu atau pudarnya sifat malu dalam diri mereka.
Di tengah–tengah masyarakat tidak kira sama ada di bandar atau desa, wanita seperti yang digambarkan di atas boleh ditemui. Kononnya dahulu, gadis atau wanita yang seksi begini hanya boleh ditonton di bandar-bandar besar.
Namun kini, pemandangan seperti itu sudah menular dan boleh dilihat di mana-mana jua. Kampung atau bandar, desa atau pekan, sekolah, universiti, taman, pasar, pusat membeli belah dan sebagainya.
Secara realitinya, zaman dahulu fenomena wanita berpakaian seksi hanya terdapat di kelompok-kelompok tertentu dan di tempat-tempat tertentu. Malahan, hal-hal yang berkaitan ‘menconteng arang ke wajah’ juga sukar ditemui seperti kes khalwat atau zina, membuang anak, merokok, bergambar secara lucah, pelacuran dan sebaginya.
Keterbukaan masyarakat dan pendedahan tentang dunia semasa membuatkan wanita mula membuang sifat malu ke sisi yang kononnya dikatakan sifat malu itu merencatkan pembangunan sosial dan kemajuan dalam dunia wanita.
Tidak hairan, kini wanita mula dipandang sebagai golongan yang kini berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan kaum lelaki. Wanita mula memegang pelbagai peranan dalan masyarakat, berkerjaya, bebas melontar pendapat dan berani dalam melakukan sesuatu tindakan.Tidak hairan juga komoditi pasaran ekonomi sebahagian besarnya untuk wanita, daripada wanita, dan mengeksploitasi wanita. Hal sebegini banyak dibincangkan bukan sahaja oleh peneliti sosiobudaya malahan golongan wanita sendiri yang mendakwa diri mereka feminis atau pejuang hak wanita.
Mereka memperkatakan tentang penindasan terhadap wanita, hak sama rata yang harus dinikmati oleh wanita dan pelbagai perkara lagi yang menuntut suatu keadaan di mana wanita boleh menikmati apa yang dinikmati oleh kaum lelaki. Persoalan gender sebegini tidak akan habis sampai bila-bila.
Suatu hal yang kurang diperjuangkan oleh golongan feminis terutama untuk wanita yang beragama Islam ialah perjuangan mengembalikan wanita kepada lumrah asalnya iaitu memelihara maruah dan melapik diri dengan sifat malu.
Istilah malu mempunyai makna dan pengertian yang luas dalam Islam. Malu merupakan sebahagian daripada Iman. Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Rasullullah s.a.w bersabda yang bermaksud:
“Iman itu ada lebih 60 cabang. Dan sifat malu adalah sebahagian daripada cabang iman.”
Malu atau dalam bahasa Arabnya ‘haya’ berasal daripada perkataan ‘hayat’ yang bermaksud kehidupan. Ia mencakupi sifat malu, memelihara aib diri dan orang lain, kesopanan, harga diri dan bersikap jujur dalam menjaga dan emmelihara maruah kerana Allah.
Dalam Islam, sifat malu ditekankan pada setiap umatnya tidak kira sama ada wanita atau lelaki. Namun, wanita Muslimah ditekankan aspek menjaga maruah dan memiliki sifat malu memandangkan wanita merupakan golongan yang lemah, mempunyai 9 nafsu yang pelbagai serta dikatakan paling ramai menghuni neraka.Tentang hal ini, Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:
“Aku melihat ke dalam syurga, maka aku melihat kebanyakan penduduknya adalah fuqara (orang-orang fakir) dan aku melihat ke dalam neraka maka aku menyaksikan kebanyakan penduduknya adalah wanita.” (Riwayat Bukhari dan Muslim daripada Ibnu Abbas dan Imran serta selain kedua-duanya)
Imam Qurthubi rahimahullah menjelaskan hadis di atas dengan pernyataannya:
“Penyebab sedikitnya kaum wanita yang masuk syurga adalah hawa nafsu yang mendominasi pada diri mereka, kecenderungan mereka kepada kesenangan-kesenangan dunia, dan berpaling dari akhirat kerana kurangnya akal mereka dan mudahnya mereka untuk tertipu dengan kesenangan-kesenangan dunia yang menyebabkan mereka lemah untuk beramal...”
Selain iman yang lemah, membuang sifat malu untuk mengejar apa yang diimpikan dalam hidup juga merupakan satu kesilapan besar yang menjerumuskan wanita ke kancah kehinaan.Walau bagaimanapun, sifat malu terbahagi kepada dua iaitu malu yang bersifat kebaikan dan malu yang bersifat kejahatan.
Wanita khasnya dituntut mempunyai sifat malu terutama hal yang berkaitan maksiat dan larangan-larangan Allah. Apabila menghampiri hal-hal sebegini, mereka akan berasa malu, dan seterusnya memikirkan balasan Allah di dunia dan akhirat.
Manakala malu yang bersifat kejahatan pula ialah malu melakukan apa yang diperintahkan oleh Allah. Dalam hal ini mereka bukan sahaja melakukan apa yang dilarang oleh Allah, malahan melanggar sistem sosial masyarakat sehingga melupakan balasan di dunia dan akhirat.
Wanita Muslimah atau wanita yang bertamadun tidak akan menggadaikan maruah dan membuang sifat malu semata-mata mahu kelihatan moden.
Mementingkan pandangan Allah s.w.t lebih bermakna daripada mementingkan pandangan masyarakat. Tidak kisahlah jika anda dilabel sebagai tidak moden, kolot dan sebagainya. Apa yang lebih penting ialah anda tahu menjaga maruah serta tahu kesan-kesan buruk yang akan berlaku kepada iman, maruah diri, keluarga dan masyarakat jika anda bertindak tidak tahu malu.
Memelihara malu diri sendiri dan menjaga aib (malu) orang lain sangat penting dalam pembinaan bangsa yang bermaruah. Malu dikatakan perisai dan perhiasan kepada wanita dan juga lelaki yang menghalang mereka dari terjerumus kelembah kehinaan serta dosa zahir dan batin.
Rasulullah juga pernah mengatakan bahawa malu adalah karektor bagi agama Islam serta mempunyai sifat malu yang sebenar-benarnya tidak akan menyebabkan perkara yang tidak baik.
Memandangkan dunia semakin berkembang dengan segala macam teknologi dan perubahan dari semua aspek, sudah sewajarnya setiap wanita menilai kembali sifat semulajadi atau lahiriah seorang wanita yang suatu waktu dahulu cukup kebal dengan sifat pemalu.
Sifat pemalu tidak akan menyekat pergerakan wanita untuk mengikuti perkembangan dunia semasa. Malahan wanita yang pemalu lebih berjaya bukan sahaja di dunia malah di akhirat juga kelak. Insya-Allah.
Sudah tiba masanya, kumpulan atau golongan yang memperjuangkan hak wanita dan dunia wanita mengubah persepsi mereka terhadap peranan dan diri wanita dalam dunia masa kini. Mengejar kejayaan, kemodenan, kesamarataan taraf, menghindar penindasan dan sebagainya harus diperjuang, tanpa mengikis sifat wanita yang hakiki iaitu pemalu.
Malu adalah lambang iman yang akan membawa seseorang ke syurga. Rasulullah s.a.w pernah bersabda yang bermaksud:
“Malu dan amanah adalah perkara yang mula-mula sekali hilang dari dunia ini, sebab itu mintalah dengan Allah untuk kedua-duanya” (Riwayat Bukhari)
Pemalu bukan sahaja memperlihatkan kemanisan akhlak dan ketinggian akidah seseorang wanita. Malah, memelihara diri wanita itu sendiri daripada kehinaan dan kemusnahan peribadi secara beransur-ansur. Percayalah bahawa sifat malu tidak akan menyisihkan anda dari arus globalisasi. Malah, anda akan lebih berkeyakinan serta jelas dengan tujuan anda untuk melakukan sesuatu perkara.
Sabtu, Disember 13, 2008
Eidul Adha di Seberang
Alhamdulillah berlalu sudah Eidul Adha sebagai tanda pengorbanan hamba kepada Tuhannya.
Syukurillah eid kali ini saya bertandang di rumah mertua di seberang Sungai Golok. Suami sekeluarga menumbangkan seekor lembu yang sihat dan gagah. Lama juga masa diambil untuk menumbangkan lembu tersebut yang mulanya agak liar. Hitam warnanya, dan cuba menanduk-nanduk orang yang cuba rapat.
Jadi amalan keluarga mertua menumbangkan seekor lembu setiap kali eidul adha. Suami pernah membisikkan di telinga bahawa ibunya memang suka bersedekah kepada penduduk kampung dan saudara-maranya. Maka sebab itulah ia tidak berkira-kira dengan harga seekor lembu, malah menggalakkan anak dan menantunya turut serta melakukan ibadah korban.
Selepas siap dilapah, saya mengikut suami mengagih-agihkan daging-daging yang telah siap ditimbang dan dibungkus. Kami anak-beranak melakukannya sendiri kecuali menyembelih yang terpaksa meminta pertolongan keluarga biras.
Hati sayu melihat kehidupan masyarakat kampung yang serba dhaif. Bagi mereka, eidul adha lah masa untuk merasa daging. Setahun hanya sekali. Sungguhpun begitu, mereka sentiasa redha dengan apa yang ada, tidak pernah meminta-minta. Makan mengikut kemampuan mereka, malah itu lebih menguatkan semangat mereka menegakkan agama Allah.
Semangat kejiranan, bergotong-royong dan bekerjasama masih diamalkan. Sekampung dah macam sekeluarga. Itu yang menarik hati saya untuk beraya di kampung tersebut. Rasa meriah walau tak semewah seperti di kampung halaman saya sendiri.
Adat manusia, masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang kerbau menguak. Bila dah bersama insan yang tersayang, kita perlulah mendidik diri supaya menerima keluarganya juga. Dan keadaan ini benar-benar menginsafkan diri saya betapa kehidupan kita di Malaysia jauh bezanya dengan masyarakat Islam di kampung tersebut. Kepimpinan negara kita berteraskan agama Islam sedangkan mereka terpaksa menagih simpati daripada kerajaan bukan Islam.
Banyakkanlah bersyukur wahai rakyat Malaysia! Jika kita kata kehidupan kita susah, fikirkanlah bahawa ada orang yang lebih susah hidupnya daripada kita. Maka itulah Allah mendidik kita dengan nikmat dan pemberianNya. Allah telah berjanji di dalam firmanNya, Jika hambaKu bersyukur, nescaya Aku tambahkan nikmat baginya. Dan jika hambaKu kufur, sesungguhnya azabKu amatlah pedih.(Al-Quran)
Semoga kita menjadi hamba yang sentiasa bersyukur dan mendapat perlindungan Allah.
Wallahu a'lam.
Sabtu, November 29, 2008
Mencapai Darjat Kesempurnaan
Dari Nu’aim bin Abdullah r.a katanya, dia melihat Abu Hurairah berwudhuk. Dia mencuci muka dan tangannya hingga sampai ke batas bahu. Kemudian dicucinya kedua kakinya hingga sampai ke betis. Sesudah itu dia berkata, “Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda:”Sesungguhnya umatku akan datang kelak di hari kiamat bercahaya-cahaya wudhuknya. Maka siapa yang dapat melebihi batas-batas yang wajib, lebihkanlah”
(Muslim)
Huraian
1. Salah satu syarat sah sembahyang ialah mengambil wudhuk. Dengan wudhuk yang sempurna seseorang akan dapat mengerjakan solat/sembahyang dengan penuh khusyuk.
2. Ketika berwudhuk kita diharuskan membaca doa-doa yang tertentu seperti berikut:
i. Ketika berkumur, berniatlah: "Ya Allah, ampunilah dosa mulut dan lidahku ini".
ii. Ketika membasuh muka, berniatlah:"Ya Allah, putihkanlah (berikanlah cahaya) pada mukaku di akhirat kelak, Janganlah Kau hitamkan muka ku ini".
iii. Ketika membasuh tangan kanan, berniatlah:"Ya Allah, berikanlah buku hisab ku di tangan kanan ku ini".
iv. Ketika membasuh tangan kiri, berniatlah:"Ya Allah, janganlah Kau berikan buku hisabku di tangan kiri ku ini".
v. Ketika membasuh kepala, berniatlah:"Ya Allah, lindunglah aku dari terik matahari di padang Mahsyar dengan Arasy Mu".
vi. Ketika membasuh telinga, berniatlah:"Ya Allah, ampunilah dosa telinga ku ini".
vii. Ketika membasuh kaki kanan, berniatlah:"Ya Allah, permudahkanlah aku melintasi titian Siratal Mustaqim".
viii. Ketika membasuh kaki kiri, berniatlah:"Ya Allah, bawakanlah daku pergi ke masjid-masjid, surau-surau dan bukan tempat-tempat maksiat".
3. Berwudhuk tidak sahaja diperlukan ketika hendak mengerjakan solat tetapi kita juga disarankan agar berwudhuk apabila hendak membaca al-Quran, mempelajari sesuatu ilmu dan ketika hendak masuk tidur kerana sesungguhnya wudhuk itu dapat menggugurkan dosa-dosa kecil yang dilakukan dan menjadikan seseorang itu sentiasa berada dalam keadaan bersih di samping menambah keserian wajah.
Wallahu a'lam.
Sabtu, November 22, 2008
Kategori Manusia dan Ilmu
Al-Khalil bin Ahmad mengkategorikan manusia kepada 4 jenis, iaitu:
- Manusia yang tahu dan ia mengetahui bahawa ia mengetahui. Maka itulah orang alim dan ikutilah dia.
- Manusia yang tahu dan ia tidak mengetahui bahawa ia mengetahui. Maka itulah orang yang tidur dan bangunkanlah dia.
- Manusia yang tidak tahu dan ia tahu bahawa ia tidak mengetahui. Maka itulah orang yang memerlukan bimbingan dan ajarilah dia.
- Manusia yang tidak tahu dan ia tidak tahu bahawa ia tidak mengetahui. Maka itulah orang yang bodoh dan waspadalah terhadapnya.
Kategori manakah kita sebenarnya? Maka sebab itulah Nabi s.a.w. bersabda, "Tuntutlah ilmu walau sampai ke negeri China." Menuntut ilmu tidak membataskan usia. Sama ada usia muda atau tua. Sumber ilmu juga tiada batasan. Tidak kira ilmu Allah disampaikan melalui lidah atau tingkah laku seorang yang lebih muda daripada kita atau yang lebih tua daripada kita. Soalnya, apakah kita mahu atau tidak mencari ilmu.
Pesan guru Imam Syafi'i kepada anak muridnya itu, "Ilmu itu cahaya. Cahaya tidak akan masuk ke dalam hati yang kotor." Bagaimana pula hati boleh menjadi kotor?
- Banyak melakukan maksiat.
- Cinta kepada dunia yang berlebihan sehingga tiada persiapan untuk akhirat.
- Meninggalkan suruhan Allah.
- Banyak memakan makanan dari sumber yang tidak halal dan syubhah.
- Banyak mengingati mati dan membuat persiapan untuknya
- Memaafkan orang lain sebelum tidur
- Selalu meminta maaf dari orang
- Memperbanyakkan solat taubat dan istighfar sekurang-kurangnya 70 kali setiap hari atau sebaik-baiknya 100 kali setiap hari.
والله اعلم
Khamis, November 20, 2008
Bila disebut perkataan sedekah, tergambar di fikiran kebanyakan umat Islam tentang suatu aktiviti yang melibatkan pengeluaran harta benda untuk diserahkan kepada orang lain bagi tujuan membantu secara sukarela. Sedekah seringkali dikaitkan dengan material mungkin kerana istilah yang biasa digunakan oleh masyarakat seperti ‘memberi sedekah’ dan ‘peminta sedekah’ yang melambangkan satu pemberian dan penerimaan barangan.
Khamis, Oktober 23, 2008
Sifat Pemimpin Yang Berhak
Suasana tersebut, dari mencari jalan penyelesaian dan kesepakatan, sebaliknya menanam benih permusuhan yang tiada bandingnya, yang akhirnya akan membawa kepada kemerosotan, ketidakadilan dan kejahilan yang berterusan. Dalam memilih calon pimpinan yang paling sesuai untuk membawa masyarakat kepada faham serta amalan kebenaran, keadilan dan pembangunan, unsur- utama seseorang pemimpin itu harus rela memikul beban tanggungjawab memimpin, dan seterusnya wajib dipertanggungjawabkan sekiranya amanah tersebut diabaikan.
Sering kali, contoh seseorang pemimpin yang menggambarkan unsur murni yang tersebut di atas ialah Khalifah Umar ibn al-Khattab. Pada suatu hari ketika beliau sibuk dengan kerja-kerja yang mustahak, seorang lelaki datang merapati beliau lalu merayu mencari jalan penyelesaian kepada masalah yang remeh. Sayidina Umar meletakkan cemeti (rotan) di atas bahu lelaki tersebut lalu berkata, “Apabila saya mengadakan pembicaraan untuk perkara-perkara remeh sebegini kamu tidak muncul, tetapi apabila saya sibuk menjalankan perkara-perkara mustahak, pada masa itulah kamu datang membawa perkara remeh yang mengganggu aliran perjalanan kerja-kerja mustahak saya ini.”
Sebaik sahaja ditegur oleh Sayidina Umar, lelaki tersebut beredar. Tetapi Sayidina Umar menyuruhnya supaya kembali dan memberi lelaki tersebut cemetinya (rotannya) lalu berkata, “Rotanlah saya sebagai keadilan kepada tingkah laku saya itu tadi.”
Lelaki tersebut hanya berkata, “Saya maafkan kamu demi Allah yang Maha Esa.”
Seterusnya Umar pulang ke rumahnya lalu menyempurnakan solat dua rakaat sebagai langkah taubat, dan mula menegur dirinya sambil berkata, “Wahai Umar! Kamu telah dimuliakan oleh Allah. Kamu telah tersalah jalan tetapi Allah telah mengembalikan kamu kepada jalan yang lurus. Kamu telah dipertanggungjawabkan oleh Allah dan diberi kuasa memimpin makhluk Allah. Sekarang datang kepadamu seorang daripada makhluk Allah itu meminta jalan penyelesaian kepada masalah yang dihadapinya, dan kamu memukulnya. Apakah jawapan kamu nanti kepada Allah yang Maha Esa?” Sayidina Umar terus menegur dirinya begini tanpa henti.
Keesokan hari, beliau membuat rondaan biasa berdekatan daerah Harrah yang tidak jauh dari Madinah bersama pembantunya Aslam. Sayidina Umar terlihat sinaran daripada bara api jauh di padang pasir lalu berkata kepada Aslam, “Kemungkinan besar terdapat sebuah kafilah yang tidak dapat memasuki kota ini disebabkan kegelapan malam ini. Ayuh, marilah kita pergi ke sana dan memberi perlindungan kepada mereka.” Apabila beliau berdua sampai ke tapak tersebut, mereka mendapati hanya seorang perempuan bersama sekumpulan kanak-kanak berada di sana. Kanak-kanak tersebut asyik menangis. Perempuan tersebut nampaknya dalam usaha menyediakan makanan kerana terdapat sebuah periuk besi berisi air yang diletakkan di atas api tersebut. Sayidina Umar seterusnya memberi salam dan setelah mendapat persetujuannya menghampiri perempuan tersebut lalu bertanya, “Mengapa kanak-kanak ini asyik menangis?” Perempuan tersebut terus menjawab, “Kerana mereka berasa lapar.”
Sayidina Umar bertanya lagi, “Apa yang akan disediakan dalam periuk itu?” sambil menuding jarinya ke arah periuk besi berisi air yang diletakkan di atas api. Dengan muka pilu perempuan tersebut menjawab, “Hanya air melegakan mereka supaya mereka boleh tidur dengan lena, mempercayai bahawa hidangan makanan akan disediakan untuk mereka. Aduh! Pada hari kiamat kelak, Allah akan mengadili antara saya dan Umar kerana Umar telah tidak mengendahkan saya semasa saya berada dalam kesusahan.”
Perkataan-perkataan perempuan tersebut telah menyebabkan Sayidina Umar menangis. Beliau terus berkata, “Semoga Allah mencucuri rahmat-Nya ke atasmu saudari. Tetapi bagaimana Umar akan tahu mengenai keadaan saudari?” Perempuan tersebut melihat terus kepada mata Sayidina Umar lalu berkata, “Selagi Umar menjadi Amir beliau harus memahami keadaan orang-orang macam saya ini.”
Dengan kata-kata tersebut Sayidina Umar bergegas kembali ke Madinah dan terus menuju ke Bayt al-Mal lalu mengisi sebuah guni dengan buah tamar, minyak, tepung gandum, pakaian dan sejumlah wang.
Sebaik sahaja guni tersebut diisi dengan penuh, Sayidina Umar berkata kepada pembantunya Aslam, “Tolong letakkan guni ini di atas bahu saya Aslam.”
Aslam terkejut mendengar kata-kata Sayidina Umar lalu berkata, “Tolonglah ya Amir al-Mu‘minin! Saya akan memikul guni ini di atas bahu saya.”
Sayidina Umar langsung tidak mengendahkan rayuan pembantunya Aslam supaya dia diberi guni tersebut untuk dipikul, lalu bertanya, “Apakah kamu akan memikul beban tanggungjawab saya pada hari kiamat? Seharusnya saya memikul guni ini oleh kerana saya akan dipersoalkan pada hari kiamat kelak mengenai perempuan itu.”
Dengan kata-kata itu, Aslam dengan penuh perasaan susah hati meletakkan guni tersebut di atas bahu Sayidina Umar. Beliau dengan pantas membawa guni tersebut ke khemah perempuan tersebut di tengah-tengah padang pasir sementara diiringi oleh pembantunya Aslam. Beliau terus meletakkan sejumlah gandum, buah tamar dan minyak ke dalam periuk besi yang digunakan oleh perempuan itu lalu memasak ramuan-ramuan tersebut.
Beliau meniup bara supaya api dapat dinyalakan semula. Menurut pembantunya Aslam, “Saya nampak dengan mata saya sendiri asap meresapi janggut tebal Sayidina Umar.”
Selepas beberapa ketika, hidangan tersebut telah siap. Sayidina Umar sendiri menghidangkannya kepada keluarga tersebut. Selepas mereka sekeluarga telah kenyang menjamu selera mereka, Sayidina Umar memberi baki hidangan tersebut serta barang-barang di dalam guni kepada mereka. Sekarang kanak-kanak tersebut berasa gembira lalu bermain sesama mereka. Perempuan tersebut juga terasa terhutang budi lalu berkata, “Semoga Allah memberkati saudara atas keprihatinan yang ditunjukkan. Pada hakikatnya, saudaralah yang sepatutnya lebih layak mengambil tempat Khalifah berbanding Umar.” Dengan nada tenang Sayidina Umar berkata, “Apabila saudari datang berjumpa Khalifah, saya akan berada di sana.”
Sayidina Umar terus duduk memperlihatkan gelagat kanak-kanak tersebut, dan selepas beberapa ketika bersiap sedia untuk pulang ke Madinah.
Dalam perjalanan ke Madinah, Sayidina Umar bertanyakan kepada pembantunya Aslam, “Tahukah anda kenapa saya duduk seketika di sana ya Aslam? Selepas melihat mereka semua menangis, saya ingin melihat mereka ketawa dan bergembira buat seketika.”
Kesimpulan daripada riwayat itu tadi menurut Sayidina Umar ibn al-Khattab, “Janganlah menjalin talian persahabatan dengan mereka yang jahil, kerana mereka yang jahil akan membawa kepada bencana dalam pada mencuba membawa manfaat dan pertolongan kepada kamu.” Pilihlah pemimpin menggunakan hikmah kebijaksanaan.
- Diadaptasi daripada artikel DR. SYED ALI TAWFIK AL-ATTAS, Ketua Pengarah IKIM.
Selasa, Oktober 14, 2008
Sebagaimana Allah suka degan wanita yang solehah, Allah juga sangat murka kepada beberapa jenis wanita. Oleh itu sangat perlu bagi kita mengetahui perkara yang boleh menyebabkan kebenciannya supaya kita terhindar dari kemurkaannya.
Kemurkaan Allah pada hari kiamat sangat dahsyat sehinggakan nabi-nabi pun sangat takut. Bahkan Nabi Ibrahim pun lupa bahawa dia mempunyai anak yang bernama Nabi Ismail kerana ketakutan yang amat sangat. Abu Zar r.a. meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w. bersabda: "Seorang wanita yang berkata kepada suaminya, "semoga engkau mendapat kutukan Allah" maka dia dikutuk oleh Allah dari atas langit yang ke7 & mengutuk pula segala sesuatu yang dicipta oleh Allah kecuali 2 jenis makhluk iaitu manusia & jin."
Abdul Rahman bin Auf meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w. bersabda: "Seorang yang membuat susah kepada suaminya dalam hal belanja atau membebani sesuatu yang suaminya tidak mampu maka Allah tidak akan menerima amalannya yang wajib & sunnatnya."
Abdullah bin Umar r.a. meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w. bersabda: "Kalau seandainya apa yang ada di bumi ini merupakan emas & perak serta dibawa oleh seorang wanita kerumah suaminya. Kemudian pada suatu hari dia terlontar kata-kata angkuh, "Engkau ini siapa? Semua harta ini milikku & engkau tidak punya harta apa pun." Maka hapuslah semua amal kebaikannya walaupun banyak.
Nabi s.a.w. adalah seorang yang sangat kasih pada ummatnya & terlalu menginginkan keselamatan bagi kita dari azab Allah. Beliau menghadapi segala rupa penderitaan, kesakitan, keletihan & tekanan. Begitu juga air mata & darah baginda telah mengalir semata-mata kerana kasih-sayangnya terhadap kita. Maka lebih-lebih lagi kita sendirilah yang wajar berusaha untuk menyelamatkan diri kita, keluarga kita & seluruh ummat baginda.
Ali r.a. meriwayatkan sebagai berikut: "Saya bersama Fatimah berkunjung ke rumah Rasulullah & kami temui beliau sedang menangis. Kami bertanya kepada beliau, "Mengapa tuan menangis wahai Rasulullah?" Beliau menjawab, "Pada malam aku di Isra'kan ke langit, daku melihat orang sedang mengalami berbagai penyeksaan...maka bila teringatkan mereka aku menangis. Saya bertanya lagi, "Wahai Rasulullah apakah yang tuan lihat?"
Baginda bersabda:
1. Wanita yang digantung dengan rambutnya & otak kepalanya mendidih.
2. Wanita yang digantung dengan lidahnya serta tangannya dipaut dari punggungnya sedangkan lahar yang mendidih dari neraka dituangkan ke kerongkongnya.
3. Wanita yang digantung dengan buah dadanya dari balik punggungnya sedangkan air getah kayu zaqquum dituang ke kerongkongnya.
4. Wanita yang digantung, diikat kedua kaki & tangannya ke arah ubun-ubun kepalanya serta dibelit dibawah kekuasaan ular & kala jengking.
5. Wanita yang memakan badannya sendiri serta di bawahnya tampak api yang menyala-nyala dengan hebatnya.
6. Wanita yang memotong badannya sendiri dengan gunting dari neraka.
7. Wanita yang bermuka hitam & memakan ususnya sendiri.
8. Wanita yang tuli, buta & bisu dalam peti neraka sedang darahnya mengalir dari rongga badannya (hidung, telinga, mulut) & badannya membusuk akibat penyakit kulit dan lepra.
9. Wanita yang berkepala seperti kepala babi & keldai yang mendapat berjuta jenis siksaan.
10. Wanita yang berbentuk seperti anjing
Maka berdirilah Fatimah seraya berkata,"Wahai ayahku, cahaya mata kesayanganku... ceritakanlah kepadaku apakah amal perbuatan wanita-wanita itu."
Rasulullah s.a.w. bersabda, "Wahai Fatimah, adapun tentang :
1. Wanita yang digantung dengan rambutnya kerana dia tidak menjaga rambutnya (dihijab) di kalangan lelaki.
2. Wanita yang digantung dengan lidahnya kerana dia menyakiti hati suaminya dengan kata-kata.
3. Kemudian Nabi s.a.w. bersabda: "Tidak seorang wanita yang menyakiti hati suaminya melalui kata-katanya kecuali Allah akan membuatkan mulutnya kelak di hari kiamat,selebar 70 zira' kemudian akan mengikatnya dibelakang lehernya.
4. Adapun wanita yang digantung dengan buah dadanya kerana dia menyusui anak orang lain tanpa izin suaminya.
5. Adapun wanita yang diikat dengan kaki & tangannya itu kerana dia keluar rumah tanpa izin suaminya, tidak mandi wajib dari haid & nifas.
6. Adapun wanita yang memakan badannya sendiri kerana suka bersolek untuk dilihat lelaki lain serta suka membicarakan keaiban orang.
7. Adapun wanita yang memotong badannya sendiri dengan gunting dari neraka kerana dia suka menonjolkan diri (ingin terkenal) di kalangan orang yang banyak dengan maksud supaya orang melihat perhiasannya dan setiap orang jatuh cinta padanya kerana melihat perhisannya.
8. Adapun wanita yang diikat kedua kaki & tangannya sampai ke ubun-ubunnya & dibelit oleh ular & kala jengking kerana dia mampu mengerjakan solat & puasa. Tetapi dia tidak mahu berwudhuk & tidak solat serta tidak mahu mandi wajib.
9. Adapun wanita yang kepalanya seperti kepala babi & badannya seperti keldai kerana dia suka mengadu-domba (melaga-lagakan orang) serta berdusta.
10. Adapun wanita yang berbentuk seperti anjing kerana dia ahli fitnah serta suka marah- marah pada suaminya.
Dan ada di antara isteri nabi-nabi yang mati dalam keadaan tidak beriman kerana mempunyai sifat yang buruk walaupun mereka adalah isteri manusia yang terbaik dizaman itu. Di antara sifat buruk mereka:
1. Isteri Nabi Nuh suka mengejek & mengutuk suaminya.
2. Isteri Nabi Luth suka bertandang ke rumah orang. Semoga Allah beri kita kekuatan untuk mengamalkan kebaikan dan meninggalkan keburukan.
Kalau kita tidak berasa takut atau rasa perlu berubah... maka kita kena khuatir, takut kita tergolong dalam mereka yang tidak diberi petunjuk oleh Allah.
Na'uzubillahi min zalik.
~ dipetik dari blog islam~
Pendedahan Aurat dan Kejahilan Wanita Nama Islam Kini
Situasi Kejahilan 1:
Seorang wanita yang nama Islam bekerja di kedai atau pusat jualan pakaian wanita. Ia bekerja sebagai jurujual. Pusat menjual pakaian ini banyak menjual pakaian baju kurung, jubah dan pelbagai jenis fesyen yang sesuai untuk dipakai oleh wanita Islam. Pemiliknya adalah orang berbangsa Cina beragama Budha. Apa yang menarik gadis yang berbangsa Cina di kaunter memakai baju kurung tanpa tudung. Malangnya anak Melayu nama Islam berpakaian seksi berseluar ketat, baju T-shirt lengan pendek, singkat bila duduk nampak kulit belakang. Mengapa generasi wanita hari ini jahil agamanya sendiri. Apakah ibu bapa atau suaminya juga jahil syariat Islam. Bekerja ditempat jual pakaian pun tidak mampu berpakaian ikut syariat Islam. Kita boleh lihat sendiri semasa membeli belah di musim hampir hari raya.
Situasi Kejahilan 2:
Kedai menjual kitab dan buku agama ada di mana-mana. Namun kita juga amat terkejut jika terdapat pekerja wanitanya berpakaian seluar jean ketat dan sendat. Jual kitab tetapi tidak ambil tahu apa yang ada dalam kitab. Kitab khusus bab aurat wanita ada pelbagai judul tetapi tidak diambil peduli. Yang penting cukup bulan dapat gaji. Jual kitab agama pun tidak dapat hidayah.
Situasi Kejahilan 3:
Bila hampir menjelang Hari Raya Aidil Fitri, pusat jualan pakaian menjadi tumpuan orang ramai terutama golongan wanita. Ramai wanita yang datang dengan berpakaian seksi, berseluar jean ketat, T-shirt . Trend Fesyen Barat Kristian memilih fesyen baju kurung untuk pakai hari raya. Sudah jadi trend bila hari raya hendak ikut ajaran Islam. Lepas raya dedah aurat pula. Mengapa wanita kini tersangat jahil ajaran Islam.
Situasi Kejahilan 4:
Seorang ibu dengan berpakaian sopan menutup aurat. Ayah memakai ketayap putih di kepala. Namun anak dara yang bersamanya berpakaian trend wanita barat, tidak menutup aurat. Mengapa ibu bapa yang berketayap putih tidak mampu mendidik anak perempuannya mematuhi syariat Allah. . Mengapa ribuan bapa yang memenuhi masjid setiap solat Jumaat tidak ada kesedaran agama. Apakah mereka beragama sebagai adat sahaja. Inilah situasi yang amat menyedihkan dan bakal meninggalkan generasi yang akan berpakaian baju dalam dan seluar dalam di masa akan datang.
Memadai 4 situasi ini untuk kita fikir bersama. Belum lagi situasi drama dan filem orang Melayu yang pengarahnya mengelirukan Islam dalam berpakaian.
Beruntunglah bagi orang jahil dan ia tahu bahawa ia jahil serta mencari ilmu untuk menghapuskan kejahilannya.
Rugilah orang yang jahil serta tidak tahu bahawa ia jahil. Tidak pula ia mencari jalan menghapuskan kejahilannya.
Jadilah orang yang berjaya. Berusahalah ke arah kejayaan di dunia dan akhirat.
Khamis, September 25, 2008
1. Mandi sebelum keluar menunaikan solat Hari Raya. Dilakukan pada pagi 1 Syawal sebelum menunaikan solat hari raya Aidilfitri. Imam Malik r.h. meriwayatkan sebuah hadith di dalam al-Muwatta'
Al-Imam al-Nawawi menyebut para ulama telah bersepakat atas sunatnya mandi untuk solat hari raya.
2. Memakai bau-bauan yang wangi. Sunnah ini hanya bagi kaum lelaki.
3. Memakai pakaian yang paling baik. Pakaian tidak semestinya baru tetapi pakaian yang indah dan rapi sudah mencukupi. Daripada Jabir r.a. katanya : “Bagi Nabi saw ada satu jubah yang baginda akan memakainya untuk dua hari raya dan hari Jumaat.” (Sahih Ibn Khuzaimah : 1765) Demikian juga al-Baihaqi meriwayatkan dengan sanad yang sahih, bahawa Ibn ‘Umar sentiasa memakai pada hari raya seindah-indah pakaiannya.
4. Makan terlebih dahulu sebelum menunaikan solat hari raya ‘Aid al-Fitri. Sunnah memakan tamar dalam bilangan ganjil. Jika tiada sudah memadai memakan apa-apa juadah sekali pun. Ini berdasarkan hadith yang diriwayatkan oleh al-Imam al-Bukhari daripada Anas bin Malik katanya :
كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لا يَغْدُو يَوْمَ الْفِطْرِ حَتَّى يَأْكُلَ تَمَرَاتٍ .. وَيَأْكُلُهُنَّ وِتْرًا
5. Mengajak seluruh ahli keluarga ke tempat menunaikan Solat Sunat Aidilfitri. Sunnah mengajak seluruh ahli keluarga termasuk kanak-kanak dan perempuan yang datang haid, diasing perempuan yang datang haid daripada perempuan yang boleh solat. Bagi perempauan yang datang haid sunnah mereka turut serta ke temapat solat supaya mereka dapat menyaksikan upacara solat Hari Raya dan mendengar khutbah solat raya aidilfitri. Ummu ‘Athiyah radhiallahu’ anha telah berkata:
Maksudnya: Kami telah diperintahkan (oleh Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam) untuk keluar, maka kami memerintahkan wanita-wanita yang sedang haid, para gadis dan wanita-wanita pingitan untuk keluar. Ibnu ‘Aun berkata: “atau wanita-wanita pingitan,” dan wanita-wanita yang haid diperintahkan (Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam) agar menyaksikan jamaah kaum muslimin dan dakwah mereka serta menjauhi tempat solat. - (Hadis riwayat Imam al-Bukhari dalam Shahihnya, Kitab al-‘Iedaini, no: 981.)
6. Keluar dengan berjalan ke tempat solat melalui jalan lain dan balik daripadanya melalui jalan yang lain. Daripada Jabir bin Abdillah r.’anhuma katanya :
Maksudnya : “Adalah Nabi saw, pada hari raya baginda membezakan jalan (pergi dan balik dari solat hari raya).” (al-Bukhari : 986) Ibn Majah meriwayatkan daripada Ibn ‘Umar katanya :
Maksudnya : “Adalah Rasulullah saw keluar ke tempat solat Hari Raya dengan berjalan dan baginda pulang darinya juga dengan berjalan.” (al-Albani menghasankan hadith ini di dalam Sahih Ibn Majah). Dikatakan terdapat beberapa hikmah dalam perbuatan ini:
Isnin, September 22, 2008
Hadith :
Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:" Sedekah yang paling utama adalah sedekah pada bulan Ramadhan.”
(HR Riwayat at- Tirmidzi)
Huraian Pengajaran Hadis:
i) Setiap umat Islam seharusnya berlumba-lumba untuk melakukan kebajikan di bulan Ramadhan tanpa memikirkan sebarang kerugian seperti membanyakkan bersedekah kerana balasan di atas setiap satu kebajikan itu adalah amat besar di sisi Allah di hari akhirat kelak.
ii) Bersedekah bukan hanya memberikan wang, tetapi termasuk di dalamnya mengajak berbuka puasa kepada fakir miskin dan orang-orang yang berpuasa.
iii) Konsep "memberi" (bersedekah) harus diterapkan secara maksimum bukan sahaja selama Ramadhan bahkan di bulan-bulan lain juga kerana selalu bersedekah akan memberikan pengaruh yang baik pada peribadi dan masyarakat umumnya di mana seseorang itu akan dapat menghakis sifat kedekut dalam dirinya di samping mempereratkan lagi ikatan kemesraan di dalam anggota masyarakat tanpa mengira taraf dan kedudukan seseorang itu.
iv) Sedekah yang diterima dan bernilai di sisi Allah adalah sedekah yang ikhlas, bukanlah untuk menunjuk-nunjuk.
Khamis, September 18, 2008
Isnin, September 15, 2008
Suatu pagi aku terbangun dan berpeluang melihat mentari terbit. Aaah..kecantikan alam ciptaan Allah memang tiada tolok bandingnya. Sedang aku memerhati, aku puji Tuhan atas segala keindahan yang telah Ia sajikan itu. Aku duduk dan terasa kehadiranNya di sisiku. Dia bertanya kepadaku, “Adakah kamu mencintai Aku?” Aku menjawab, “Sudah tentu! Engkaulah Penciptaku, masakan aku tidak mencintaiMu.”
Kemudian Dia bertanya lagi, “Jika kamu ditakdirkan cacat anggota, adakah kamu akan mencitaiKu?” Akupun tergamam seketika. Aku lihat tangan,kaki dan seluruh anggotaku; aku teringat pelbagai kerja yang mustahil aku lakukan tanpa anggotaku ini yang selama ini tidak kusedari kepentingannya. Kemudian aku jawab, “Tentunya ia amat sukar bagiku, tetapi aku akan tetap mencintaiMu.”
Kemudian Dia bertanya lagi, “Jika kamu ditakdirkan buta, adakah kamu akan menyayangi segala ciptaanKu?” Bagaimana mungkin bagiku untuk mencintai sesuatu yang di dunia ini yang tak mampu aku lihat? Kemudian aku berfikir...ramai orangyang ditakdirkan buta di dunia ini, dan mereka masih mencintai Allah dan segala ciptaanNya. Lantas aku menjawab, “Amat sukar bagiku membayangkan keadaanku yang sedemikina rupa, namun begitu aku akan tetap menyintaimu Ya Allah.”
Dia bertanya lagi, “Jika kamu ditakdirkan pekak, adakah kamu akan tetap mendengar kepada kata-kataKu?” Bagaimana mungkin bagiku mendengar jika aku pekak? Kemudian aku tersedar bahawa mendengar itu tidak semestinya menggunakan telinga; tetapi menggunakan hati. Aku jawab, “Walaupun takdir itu amat berat bagiku, namun aku akan tetap menyintaiMu.”
Dia menyambung lagi persoalanNya, “Jika kamu ditakdirkan bisu adakah kamu akan terus memujiKu?” Aku tertanya lagi, bagaimana aku boleh memuji tanpa suara? Aku terfikir kemudian yang Allah mahu kita memujiNya dari dalam hati dan jiwa kita; tidak penting bagaimanakah bunyinya. Kemudian aku menjawab, “Sungguhpun aku tidak mampu untuk mambunyikan pujian bagiMu, aku akan tetap memujiMu.”
Dan...Dia terus betanya lagi, “Adakah kamu benar-benar menyintaiKu?” dengan nada yangtegas dan penuh keberanian. Aku jawab dengan yakin, “Ya, benar Tuhanku, aku menyintaimu kerana Engkaulah satu-satunya Tuhanku dan Tuhan yang sebenar!” Aku fikir jawapanku tadi sudah cukup bagus untuk menjawab soalanNya tadi, tetapi Dia terus bertanyakan lagi, “Kalau begitu kenapa kamu masih melakukan dosa?” Aku jawab, “Kerana aku cuma manusia biasa yang selalu lalai; aku tidak sempurna...aku bukan maksum.”
“Kalau begitu, kenapa ketika kamu senang dan gembira...kamu lupakanKu; kamu lari jauh daripadaKu? Dan kenapa ketika kamu susah dan mahukan bantuan...kamu terus ingat kepada Aku; kamu datang dekat dan merayu kepada Aku?”Aku tidak mampu berkata-kata. Yang kusedari...titisan panas turun membasahi pipiku.
Dia sambung lagi, “Mengapa kamu buat begini...kadang-kadang sujud menyembahKu,dan kemudian membelakangiKu; tidak pedulikanKu? Mengapa kamu hanya datang mencariKu hanya ketika kamu mengingatiKu? Mengapa kamu meminta kepadaKu sedang kamu tidak setia kepadaKu?” Kurasakan titisan panas mengalir deras membasahi pipiku tanpa henti. “Mengapa kamu malu kepadaKu? Mengapa kamu tidak mahu menyebarkan suruhanKu? Mengapa ketika kamu dizalimi kamu adukan kepada yang lain sedang Aku sedia mendengar segala rintihanmu? Mengapa kamu sering membuat alasan ketika Aku memberimu peluang untuk berkhidmat di jalanKu?” Ku gagahi bibirku untuk mengucapkan patah-patah perkataan bagi menjawab segala soalan yang bertubi-tubi diajukan kepadaku. Tetapi aku tidak punyai jawapan bagi persoalan-persoalan tadi. Lidahku yang selama ini lancar berkata-kata, kini kelu. Otakku ligat mencari jawapan... atau alasan... namun tiada apa yang kutemui sebagai jawapan.
Dia berkata-kata lagi... “Kamu diberikan sebuah kehidupan. Aku jadikan dalam dirimu keistimewaan dan kelebihan berbanding orang lain untuk kamu berjuang di jalanKu, tetapi kamu tetap berpaling dari jalanKu. Aku tunjukkan kepadamu kata-kataKu sebagai panduan kamu dalam hidup ini, tetapi kamu tidak mahu mempelajari atau menghayatinya. Acap kali Aku berkata-kata kepadamu, tetapi kamu berpaling daripada melihatnya. Aku turunkan kepada kamu pesuruhKu, tetapi kamu tidak ambil peduli ketika sunnahnya ditinggalkan. Aku dengar segala permintaan dan rayuanmu kepadaKu... dan semuanya telah Aku perkenankan dengan pelbagai cara.”
SambungNya lagi, “Kini... adakah kamu menyintaiKu?” Aku tidak mampu menjawabnya lagi. Bagaimana harus aku jawab persoalan ini? Dalam tak sedar, aku malu dengan segala apa yang telah aku lakukan selama ini. Aku tidak lagi punya alasan bagimenyelamatkan diriku. Apa yang boleh aku jawab bagi persoalan itu? Ketika hatiku berteriak menangis, dan bercucuran airmata mengalir turun di kedua-dua belah pipiku, aku merintih, “Oh Tuhanku... ampunkanlah segala dosaku. Aku tidak layak menjadi hambaMu Ya Allah...”
Kemudian Dia menjawab, “SifatKu Pengampun...barangsiapa yang memohon keampunan dariKu, nescaya Aku ampunkannya. Dan Aku ampunkan kamu wahai hambaKu.” Aku bertanya kepadaNya, “Mengapa Engkau tetap mengampunkanku sungguhpun aku melakukan kesalahan berulangkali dan memohon ampun berulangkali? Sampai begitu sekalikah cintaMu terhadapku?”
Dia menjawab“Kerana kamu adalah ciptaanKu. Aku sekali-kali tidak akan mengabaikanmu. Apabila kamu menangis aku akan bersimpati kepadamu dan mendengar segala rintihanmu. Apabila kamu melonjak kegirangan Aku akan turut gembira dengan kegembiraanmu. Apabila kamu berasa gundah dan kesepian, Aku akan memberikanmu semangat. Apabila kamu jatuh, Aku akan membangkitkanmu. Apabila kamu keletihan Aku akan membantumu. Aku akan tetap bersama-samamu hinggalah ke hari yang akhir dan Aku akan menyayangimu selama-lamanya.”
Seingat aku... aku tidak pernah menangis sebegini. Aku sendiri tidak mengerti kenapa hatiku ini begitu keras; tidak mampu menangis menyesali segala dosaku selama ini. Dan..buat kali pertamanya dalam hidupku ini... aku benar-benar solatdalam ertikata yang sebenar.
Wa’allahualam...
Maha Agung Allah dengan KekuasaanNya Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Masih adakah lagi perasaan angkuh dalam diri untuk mengingkari ciptaanNya? Kita dikurniakan akal dan hati untuk menilai semua pemberianNya. Bersyukurlah! Bertasbihlah! Bertahmidlah! Semuga Allah melembutkan hati kita semua dan diberi petunjuk mencari keredhaanNya. Aamiin..
Khamis, September 11, 2008
"Sesungguhnya di dalam syurga terdapat lapan pintu. Di sana ada pintu yang disebut Rayyan, yang besok pada hari kiamat akan dimasuki oleh orang-orang yang berpuasa. Tidak seorang selain mereka yang masuk lewat pintu itu. Dikatakan, 'Di manakah orang-orang yang berpuasa?' Lalu mereka berdiri, tidak ada seorang pun selain mereka yang masuk darinya. Apabila mereka telah masuk, maka pintu itu ditutup. Sehingga, tidak ada seorang pun yang masuk darinya."
(Hadith Shahih)
"Barangsiapa berbuka puasa sehari tanpa rukshah (alasan yang dibenarkan) atau sakit, maka tidak akan dapat ditebus (dosanya) dengan berpuasa seumur hidup meskipun dia melakukannya."
(HR. Bukhari dan Muslim)
"Barangsiapa berpuasa Ramadhan (penuh) lalu diikuti dengan berpuasa enam hari dalam bulan Syawal maka dia seperti berpuasa seumur hidup."
(HR. Muslim)
"Barangsiapa memberi makan kepada orang yang berbuka puasa maka dia memperoleh pahalanya, dan pahala bagi yang (menerima makanan) berpuasa tidak dikurangi sedikitpun."
(HR. Tirmidzi)
"Bersahurlah. Sesungguhnya bersahur itu menyebabkan berkah."
(HR. Mutafaq'alaih)
"Diberikan kepada umatku lima perkara yang belum pernah diberi kepada umat-umat terdahulu sebelumnya:
- Bau mulut orang yang berpuasa lebih harum daripada kasturi di sisi Allah;
- Segala perbelanjaan dan derita lapar selama puasanya adalah syurga balasannya;
- Diampunkan dosa-dosa mereka pada malam Lailatul Qadar;
- Amalan yang dilakukan pada bulan Ramadhan digandakan kepada 10 hingga 700 ganda, melainkan puasa maka ianya bagi Ku. Aku balas kepadanya yang berpuasa menahan syahwatnya, makan minumnya kerana Aku.
- Dan mereka dikurniakan nikmat, kepada mereka keseronokan ketika berbuka dan ketika menemui Tuhannya di akhirat."
(Hadith Shahih)
Selasa, Ogos 26, 2008
WAHAI orang-orang yang beriman, jika datang kepada kamu orang yang fasik membawa berita, maka selidiklah agar kami tidak menimpakan sesuatu musibah kepada suatu kaum dengan tidak mengetahui, maka jadilah kamu menyesal atas perbuatanmu itu. (Al-Hujuraat: 6).
Pada suatu hari, Rasulullah SAW telah mengutus al-Walid bin Uqbah untuk memungut zakat daripada Bani Musthaliq. Bani Musthaliq telah mengaku tunduk kepada Rasulullah SAW dan menerima agama Islam sebagai kehidupan seharian. Sebab itulah mereka diwajibkan membayar zakat setelah genap tempoh dan kadar yang sepatutnya.
Apabila sampai di sana al-Walid tidak dapat memungut zakat dengan baik sehingga menyebabkan jumlah zakat tidak seperti yang diharapkan. Lalu beliau pulang ke Madinah dengan hampa tanpa membawa sebarang hasil zakat yang diminta oleh Rasulullah SAW.
Setelah sampai, dia pun berjumpa dengan Rasulullah SAW. Sebagai alasan, al-Walid memberitahu Rasulullah SAW bahawa kaum Bani Musthaliq telah murtad dan enggan membayar zakat.
Tanpa berlengah lagi, Rasulullah SAW pun mengutuskan Khalid al-Walid bersama dengan seangkatan tentera ke daerah berkenaan. Sememangnya golongan yang ingkar membayar zakat dikira berdosa besar dan wajib diperangi. Khalid al-Walid dihantar dahulu ke sana untuk menyiasat kebenaran berita yang disampaikan oleh al-Walid. Jika khabar yang disampaikan al-Walid itu benar, nescaya Khalid akan mengerahkan tenteranya supaya memerangi Bani Musthaliq.
Khalid pun memulakan siasatannya. Dia telah sampai di sana pada waktu malam. Kedatangannya tidak disedari oleh sesiapapun. Dia pun menghantar beberapa orang penyiasat untuk menyiasat keadaan Bani Musthaliq.
Alangkah terkejutnya mereka apabila mereka mendapati Bani Musthaliq masih beragama Islam dan mengamalkan Islam dengan sempurna. Tidak lama selepas itu, kesemua penyiasat itupun kembali semula ke khemah mereka.
Mereka melaporkan kepada Khalid bahawa kaum Bani Musthaliq masih mengamalkan ajaran Islam dengan baik. Mereka menunaikan solat berjemaah dan azan masih berkumandang apabila masuk waktu solat.
Setelah mendengar laporan tersebut, Khalid pun pulang menemui Rasulullah SAW. Beliau memberitahu apa yang telah dilihatnya bersama-sama dengan anak buahnya.
Rasulullah SAW sangat berpuas hati dengan laporan yang diberikan oleh Khalid al-Walid. Maka turunlah ayat enam surah Al-Hujurat ini membenarkan apa yang dilakukan oleh Rasulullah itu.
Ayat ini jelas sekali melarang mempercayai berita yang dibawa oleh orang fasik tanpa usul periksa kerana ia akan memburukkan sesuatu kaum atau seseorang yang lain. Sekiranya berasa ragu-ragu dengan berita tersebut maka hendaklah menyiasat khabar berita tersebut dengan saksi-saksi dan bukti yang boleh dipercayai. Demikianlah Islam menjaga hak-hak manusia supaya tidak ada yang akan teraniaya.
Jumaat, Ogos 15, 2008
Bahaya Fitnah
Antara faktor yang menimbulkan fitnah ialah dorongan perasaan iri hati atau dengki terhadap orang lain, ditambah kekurangan iman dan tiada kefahaman mengenai larangan dan kemurkaan Allah, malah hati dan jiwa seseorang yang kotor, lemah tahap pemikirannya dan sukar menerima kebenaran."Adapun orang yang berpenyakit dalam hati mereka, maka surah itu menambahkan kekotoran pada kekotoran yang sedia ada pada mereka; dan mereka mati, sedang mereka berkeadaan kafir." (at-Taubah:125)Faktor lain yang mendesak seseorang melakukan fitnah kepada saudaranya ialah kerana ingin mendapatkan kuasa, pengaruh serta kepercayaan orang terhadap diri dan dak waannya, malah ingin menunjukkan dirinya seorang yang lebih baik daripada saudaranya itu.Islam menasihati umatnya agar melindungi rahsia sau daranya, bukan sengaja mencari kelemahan dan membuka aibnya kepada khalayak, kerana dengan tindakan itu boleh menjatuhkan maruahnya.Rasulullah s.a.w menegaskan, menyelidiki rahsia dan mem fitnah orang lain yang baik, termasuk ciri orang munafik yang mengaku beriman dengan lidahnya, sedangkan hatinya benci. Mereka di hari kiamat akan dibebani dengan dosa besar di depan Allah.
"Dan janganlah kamu mengikut apa yang kamu tidak ketahui; sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya akan ditanya apa yang dilakukan." (Al-Isra:36)Orang yang menyebarkan fitnah nanti di dalam kubur akan diseksa Allah. Perkara ini dapat dibuktikan melalui kisah yang diceritakan Rasulullah s.a.w. Suatu ketika Rasulullah s.a.w melalui dua kubur lalu baginda bersabda, maksudnya: "Sesungguhnya penghuni dua kubur ini diseksa. Keduanya tidak diseksa kerana dosa besar. Adapun seorang daripadanya tidak bersuci daripada kencingnya dan yang satu lagi suka memfitnah. Kemudian Rasulullah s.a.w mengambil pelepah kurma yang basah dan memotong dua, lalu dipacakkan pada kedua-dua kubur terbabit sambil berdoa: "Semoga Allah meringankan seksaan atas keduanya selagi pelepah ini segar."
Allah tidak membenarkan perkara keji, berita palsu berkembang dalam masyarakat Islam, lebih-lebih lagi jika ia membabitkan kehormatan dan maruah seseorang.Orang yang suka mengadu domba tidak akan masuk syurga, sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: "Tidak masuk syurga orang yang suka mengadu domba."Sebagai Muslim, sepatutnya masing-masing menghayati pengertian terhadap `Islam' yang dianuti dan dijadikan cara hidup, iaitu kesejahteraan. Agama kesejahteraan bukan hanya menjamin kesejahteraan kepada diri sendiri, malah ia juga memberikan kesejahteraan kepada orang lain, dengan tidak mengata terhadap saudara seagama, tidak menyakiti mereka dan tidak mencabuli hak mereka.Perbuatan menabur fitnah sebenarnya lebih kejam daripada membunuh, kerana kesan kerosakannya lebih teruk. Jika dengan membunuh, walaupun ia tetap salah, tetapi mang sanya mungkin seorang, tetapi dengan fitnah mungkin mengakibatkan ramai orang dan kesannya berentetan sehingga bertahun-tahun.
Pada zaman nabi dulu pernah berlaku peristiwa fitnah, sebagaimana dialami isteri baginda, Saidatina Aisyah r.a. Beliau dituduh melakukan perbuatan keji dengan Safwan bin al-Ma'athal selepas perang umat Islam dengan Bani Mush thalaq pada tahun kelima hijrah. Akibat kejadian itu, lebih sebulan Aisyah sakit dan diasingkan Rasulullah sehingga turun ayat yang menegaskan kesucian beliau."Sesungguhnya orang yang membawa berita dusta itu daripada golongan kalangan kamu; jangan kamu menyangka (berita yang dusta) itu buruk bagi kamu bahkan ia baik bagi kamu. Tiap-tiap seorang antara mereka akan beroleh hu kuman sepadan dengan kesalahan dilakukannya itu, dan orang yang mengambil bahagian besar dalam menyiarkannya di antara mereka, akan beroleh seksa yang besar (di dunia dan di akhirat).
"Sepatutnya semasa kamu mendengar tuduhan itu, orang yang beriman lelaki dan perempuan, menaruh baik sangka kepada diri mereka sendiri, dan sepatutnya mereka berkata: Ini ialah tuduhan dusta yang nyata. "Sepatutnya mereka (yang menuduh) membawa empat orang saksi membuktikan tuduhan itu. Oleh kerana mereka tidak mendatangkan empat saksi itu, maka mereka itu pada sisi hukum Allah adalah orang yang dusta. "Dan kalaulah tidak kerana adanya limpah kurnia Allah dan rahmat-Nya kepada kamu, di dunia dan di akhirat, tentulah kamu dikenakan azab seksa yang besar disebabkan kamu turut campur dalam berita palsu itu. "Iaitu semasa kamu bertanya atau menceritakan berita dusta itu dengan lidah kamu dan memperkatakan dengan mulut kamu akan sesuatu yang kamu tidak mempunyai penge tahuan mengenainya; dan kamu pula menyangka perkara kecil, pada hal ia pada sisi hukum Allah adalah perkara yang besar dosanya.
"Dan sepatutnya semasa kamu mendengarnya, kamu segera berkata: Tidakkah layak bagi kami memperkatakan hal ini! Maha Suci Engkau (ya Allah dari mencemarkan nama baik ahli rumah Rasulullah)! Ini adalah satu dusta besar yang mencengangkan. "Allah memberi pengajaran kepada kamu, supaya kamu tidak mengulangi perbuatan yang sedemikian ini lamanya, jika betul kamu orang yang beriman. "Dan Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keterangan (hukum-hukum-Nya); kerana Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana. "Sesungguhnya orang yang suka menghebah tuduhan yang buruk di kalangan orang yang beriman, bagi mereka azab yang tidak terperi sakitnya di dunia dan di akhirat; dan (ingatlah) Allah mengetahui (segala perkara) sedang kamu tidak mengetahui.
"Dan kalaulah tidak kerana adanya limpah kurnia Allah dan rahmat-Nya kepada kamu, dan sesungguhnya Allah amat melimpah belas kasihan-Nya. " (An-Nur: 11-20)Melalui keterangan itu jelas kepada umat Islam, apabila menerima sesuatu berita hendaklah terlebih dulu diselidiki, lebih-lebih lagi berita yang menyentuh kehormatan seseorang, kerana mungkin dengan penyelidikan itu dapat mengetahui lebih jelas perkara terbabit, sama ada benar atau palsu. "Wahai orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang yang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada kaum dengan sebab kejahilan kamu sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu lakukan." (Al-Hujuraat :6)
Dosa membuat fitnah digolongkan sebagai dosa sesama manusia. Justeru, dosa itu tidak akan diampunkan Allah, melainkan orang yang difitnah itu memberi keampunan terhadap perbuatan itu. Mungkin ramai menyangka perbuatan menyebarkan berita fitnah sekadar satu kesalahan kecil. Sebab itu, perbuatan seumpamanya dilakukan seperti tiada apa merugikan.
Hakikatnya, dosa membuat fitnah menjauhkan diri seseorang dari syurga. Sabda Rasulullah SAW bermaksud: “Tidak masuk syurga orang yang suka menyebarkan fitnah.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim). Dosa menyebar fitnah umpama api membakar ranting kering kerana ia cepat merebak dan akan menjadi abu sepenuhnya. Dosa menyebar fitnah menyebabkan pahala terdahulu dihilangkan sehinggakan penyebar fitnah akan menjadi muflis di akhirat nanti.
Penyebar khabar angin biasanya menyebut perkataan ‘dengar khabar’ mengenai berita yang disebarkan. Bagaimanapun, apabila berita tersebar daripada seorang ke seorang, maklumat yang belum tentu sahih itu sudah hilang dan kemudian disebarkan seperti berita benar. Dalam Islam, sesuatu berita benar tetap tidak boleh disebarkan jika orang yang berkaitan cerita itu tidak mahu ia disebarkan kepada orang lain. Menyebarkan berita benar tetap dilarang, inikan pula menyebarkan berita tidak benar.
Imam Ghazali dalam buku Ihya Ulumuddin menjelaskan perbuatan membocorkan rahsia orang lain dan menjejaskan kehormatannya dengan cara membuka rahsianya yang tidak mahu diketahui orang lain dianggap sebagai perbuatan mengadu-domba dan fitnah. Mengenai berita benar dan berita tidak benar yang disebarkan tanpa kebenaran atau kerelaan orang berkaitan, Rasulullah SAW bersabda bermaksud: “Adakah kamu semua mengetahui apakah ghibah (mengumpat)? Sahabat menjawab: Allah dan Rasul-Nya lebih mengetahui. Lalu Baginda meneruskan sabdanya: Kamu berkata mengenai saudara kamu perkara yang tidak disenanginya. Lalu ditanya oleh seorang sahabat: Walaupun saya berkata perkara yang benar-benar berlaku pada dirinya?’ Rasulullah bersabda lanjut: “Jika kamu berkata mengenai perkara yang benar-benar berlaku pada dirinya bererti kamu mengumpatnya, jika perkara yang tidak berlaku pada dirinya bererti kamu memfitnahnya.” (Hadis riwayat Abu Hurairah).
Larangan mencari dan membocorkan rahsia orang lain jelas dilarang Allah seperti dijelaskan dalam firman-Nya bermaksud: “Dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang lain.” (Surah al-Hujurat, ayat 12). Justeru, setiap Muslim perlu bijak menilai sesuatu berita bagi mengelak daripada menerima dan kemudian menyebarkan sesuatu berita berunsur fitnah.
Perkara pertama perlu diberi perhatian untuk memastikan kesahihan berita ialah memastikan sumber berita itu, yakni siapakah yang mula menyebarkan berita dan rantaian orang yang membawa berita itu. Umat Islam tentu tidak lupa pada sejarah menyebabkan kematian khalifah ketiga kerajaan Islam di Madinah iaitu Uthman Affan, yang berpunca daripada fitnah disebarkan kumpulan ekstremis agama.
Penyebaran fitnah turut menjadi penyebab kepada peperangan sesama Islam atau perang saudara ketika zaman pemerintahan Saidina Ali dan zaman selepas itu. Fitnah juga meruntuhkan kekuatan Bani Umaiyah malah, sejarah kejatuhan empayar besar kerajaan Melayu Melaka tidak terkecuali kerana fitnah. Ubat bagi penyakit hati ialah dengan memperbanyakkan taubat dan selalu berzikir.
"Mereka itulah orang-orang yang Allah gantikan kejahatan mereka dengan pelbagai kebaikan. Dan adalah Allah itu Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. " Al-Furqaan:70
Isnin, Ogos 11, 2008
8 Sifat Pakaian Wanita Islam
Secara ringkas berikut adalah sifat - sifat pakaian wanita Islam, berpandukan kepada Al Quran (surah An Nur 31 dan Surah Al Anzab ayat 59) Hadith dan ajaran para ulamak dan hukamak Islam:
1. Pakaian itu mestilah menutup aurat.
2. Pakaian tersebut tidak boleh terlalu nipis sehingga terbayang bentuk tubuh dari luar.
3. Tidak ketat dan tidak sempit, tetapi longgar dan selesa dipakai. Menutup bahagian yang menarik perhatian lelaki.
4. Pakaian itu tidak sekali - kali disemarakkan dengan bau - bauan demikian juga dengan badan wanita itu, kerana bau - bauan itu ada pengaruhnya kepada nafsu kelamin lelaki yang ajinabi. Wanita yang memakai bau - bauan ketika keluar rumah, sehingga dihidu oleh lelaki disifatkan oleh nabi sebagai pelacur.
5. Warna pakaian yang terbaik ialah hitam atau gelap sehingga tidak bernafsu lelaki melihatnya.
6. Pakaian tersebut tidak menyerupai pakaian wanita kafir atau musyrik.
7. Pakaian tersebut tidak menyerupai pakaian lelaki.
8. Pakaian itu dipakai bukan dengan tujuan untuk bermegah - megah.
Keterangan lanjut mengenai pakaian wanita ini boleh didapati didalam buku Al Hijab oleh Allahyarham Al Ustaz Muhammad bin Wan Muhammad Ali.
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiwrEeqhsRP8e4yVvm37lUzehixN5iCfqEKAUzpN5b8QvpDCPJUsHso6G90URLYpjxaKn_0J2V5qVyYmMEbMHyTw-LHbHSbF76chbvxkIFAxxfzTqrBX0Z6iK9FWhUwFnow7TNR51xqCaXo/s320/gambar+wanita+bertudung.jpg)